
ketika rasa iman seseorang kepada Allah telah sempurna, dia akan merasakan kedekatan bersama Allah yang tanpa batas. Dia akan hidup mengikut Allah dengan kepasrahan yang utuh. Pertalian seseorang hamba dengan Tuhannya akan berbungkus keimanan suci dan jernih adalah pertalian tanpa batasan yang menembus ruang dimesi dan waktu. Demikian pula dengan wajah pertalian antara sesama insan.
kata-kata Sayyid Qutub.
wallahualam
salam mahabbah...
wahai teman ku yang tercinta;
sebahagian daripada nasihat rasullullah saw kepada umat nya ialah ;
"adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah dari pada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah di guna kannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya iaitu beribadat pada Allah maka layaklah bahawa akan panjang lah penyesalannya pada hari kiamat nanti dan siapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kaebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka."
sebenarnya sehadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua oarng yang berilmu....muhasabah lah wahai teman ku..
"Tidak akan terkumpul dalam hati seorang hamba kekikiran dan keimanan" (maksud hadith)
bilamana cenderung hati kepada perkara2 lagha, nescaya khusyuk akan makin jauh.. andaikata hiburan menjadi teman seharian, sudah tentu al-Quran semakin dilupakan.. bahkan kehidupan yang gemar kepada maksiat menjauhkan manusia dengan ibadah.. sampaikan hati yang penuh dengan takabbur dan sombong pasti menghilangkan tawaddu'.. dan sikap boros menjauhkan qanaah serta hati yang zalim buat manusia lupa kepada belas ehsan.. Lemahnya manusia.. yang hanya-sanya memiliki satu hati.. yang padanya tidak boleh dikumpulkan dua cinta.. seandainya dunia menjadi matlamatnya, nescaya akhirat semakin dilupa.. alangkah baiknya seandainya matlamat dunia hanya di genggaman, namun akhirat tetap di dalam hati.
*** teringat saya pada satu analogi, andaikata kita memakan dua jenis makanan yang sangat manis, hanya satu sahaja kemanisan yang dapat dinikmati.. yang selebihnya akan merasa hambar.. kerana itu, setiap kali kita seronok dengan nikmat dunia, jangan dilupa destinasi akhirat yang mungkin semakin diabaikan.. Wallahua'lam
untuk mendapatkan lisan yg menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.
untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap insan.
untuk mendapatkan bentuk tubuh yg ideal, berkongsilah makanan dengan mereka yang kelaparan
untuk mendapat kepercayaan diri, berjalanlah dengan ilmu pengetahuan.
Itulah wajah 'laku' cinta para ahli ketuhanan
renungan buat remaja'janganlah kamu bimbang andai kamu belum berpasangn tetapi bimbnglah andai imnmu akan berkurangan..janganlah kamu bimbng andai kamu tak rupawan tetapi bimbanglah andai akhlakmu murahan.kejarlah dan carilah cinta ALLAH nescaya andai kamu perolehinya seluruh makhluk ALLAH akan menyayangimu
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !