Sunday 20 November 2011

PERINGATAN DARI SAHABAT

:)

mungkin aad yang telah membaca....

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

SUBHANALLAH

i - Subhanallah (سبحان الله)

Maksud literalnya adalah "Maha Suci Allah". Jika dikaji dari sudut bahasa, kalimah "Subhaana" adalah membawa maksud tanzeeh, yakni penyucian dan pembersihan dari segala kekurangan dan kelemahan. Ia terdapat dalam beberapa tempat dalam al-Quran:

"Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu," (al-Mu'minuun: 91)


" Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha
Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia)." (al-Qasas: 68)


Daripada ayat-ayat di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa kalimah "Subhaanallah" adalah bermaksud Allah Subhaanahu Wata'ala adalah Suci
dari segala kekurangan, kelemahan dan ketidak sempurnaan yang tidak layak bagiNya.

Justeru, apabila melafazkan kalimah "Subhaanallah" , seharusnya terlintas di dalam hati kita bahawa Allah Ta'ala itu Maha Agung, Maha
Sempurna serta langsung tidak ada kekurangan atau kelemahan. Dari itu, akan lahirlah rasa bahawa diri kita ini adalah hamba yang
hina kerana kita ini serba kekurangan dan banyak membuat kesilapan. Lalu wajarlah Allah Taala itu disembah dan ditaati, dan kita pula
langsung tidak layak untuk menderhakai Allah, walaupun sedikit.


ii- Alhamdulillah (الحمد لله)



Maksudnya jelas lagi tegas, iaitu: segala pujian itu adalah bagi Allah. Hanya untuk Allah. Iaitu, segala ucapan pujian, kesyukuran dan penghargaan itu hanya layak bagi Allah, kerana Dialah yang menjadikan segala nikmat, dan segala perjalanan dunia ini dialah yang mengaturnya. Maka jika ada sesuatu yang menggembirakan, sememangnya yang paling layak untuk menerima pujian dan penghargaan adalah Allah,kerana dialah yang telah menetapkan
segala-galanya.

Seharusnya apabila kita dipuji,sebaik-baiknya kita panjangkan terus pujian itu pada Allah dengan ucapan Alhamdulillah, kerana Dialah yang sebenarnya layak untuk pujian itu, dan dengan berbuat demikian boleh mengelakkan kita daripada takabbur dan bangga diri.

Dan tidak salah mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan sesama manusia, kerana sabda Rasulullah s.a.w.:


لَا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لَا يَشْكُرُ النَّاسَ
"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah"
(Hadith riwayat Ahmad, Abi Daud dan Turmuzhi)


Namun, harus diingat, bahawa ucapan syukur dan pujian sesama manusia adalah bersifat majaz (kiasan) semata-mata, kerana hakikatnya, Allah lah yang menjadikan segala-galanya. Justeru setiap kali kita memuji atau dipuji, haruslah kita ingat bahawasanya yang sebenar-benar layak bagi segala pujian adalah Allah, supaya kita tidak terjerumus dalam lembah kesyirikan dan takabbur.


iii- Allahuakbar (الله أكبر)


Kalimah "Akbar" adalah dalam wazan tafdheel, justeru akbar bermaksud yang maha besar, yakni yang paling besar. Justeru kalimah Allahuakbar
bermaksud, bahawasanya Allah lah yang  paling besar, yang paling penting, dan paling mustahak. Tiada perkara lain yang lebih utama berbanding Allah Ta'ala. Segala perintah Allah mesti didahulukan dari segala urusan yang lain. Larangan Allah mestilah dijunjung dan diutamakan dari tuntutan dan pujuk rayu hawa nafsu. Justeru, Allah lah yang paling utama dan paling besar dalam alam ini, dan paling besar dalam kehidupan setiap hamba.

Berapa kali sudah kita menyebutnya, terutamanya dalam sembahyang. Siang dan malam. Bayangkanlah jika kalimah ini dihayati, sudah tentu di luar
sembahyang pun, Allah jualah yang menjadi matlamat hidup dan prioriti utama dalam segala hal.

Mudah-mudahan selepas kita memahami dan memikirkan maksud kalimah-kalimah zikir ini, dapatlah kita menghayati zikrullah dan seterusnya memberi kesan kepada hati dan menambahkan keimanan. Wallahu 'Alam

MEMANG ALLAH YANG MENENTUKAN


 :)



memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah 
supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. 

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah 
supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk 
yg sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah 
supaya kita dapat kasih sayang yg terbaik,
khas untuk diri kita

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah 
supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang
kerana mengingatkan kita 
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan... 

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah 
supaya kita dapat mengutip pengalaman 
yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. 

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah 
supaya kita jadi manusia yg hebat jiwanya. 

memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yg salah 
supaya kita lebih faham bahawa cinta yg terbaik hanya ada bersama Allah. 

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah 
supaya kita lebih mengenali 
kehidupan tak selamanya

MOHON DOAKU

Ya Allah, akal, hati dan jiwaku telah kuhadapkan padaMu, akal yang penuh keyakinan terhadapMu, hati yang penuh dengan keimanan padaMu, serta jiwa yang sentiasa mencintaiMu. Ku bergantung padaMu untuk setiap langkah yang kubuat. Aku hanyalah hamba yang tak memiliki kemampuan apapun bila tanpa kuasaMu.ku akui hanya Engkaulah Tuhanku. Tuntun aku ya Allah, agar sentiasa mampu selalu mensyukuri nikmatMu. Amin...

TANDA ORANG YANG BIJAK SANA

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: · Hatinya selalu berniat suci · Lidahnya selalu basah dengan zikrullah · Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) · Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah · Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

PANDANGAN KASIH

:)
Pandangan kasih adalah satu anugerah. Bermula dari pandangan kasih Allah terhadap manusia, membawa kepada pandangan kasih sesama manusia. Berdoalah agar Allah memandang kita dengan pandangan kasih-sayang. Moga Allah kurniakan rahmat-Nya, permudahkan segala urusan kita, ilhamkan segala kecerdikan dan lindungi kita dari kerosakan jiwa...amiinn

BILA HATI CINTAKAN ISLAM, MASA BERLALU TERLALU SINGKAT

:)
sahabat2 semua..

sedikit mutiara kata dari ana... :-\ :-\ :-\

"Bila hati cintakan ISLAM, Masa berlalu terlalu singkat.

Kerana gerakan kerja ISLAM terlalu banyak.

Ingat ALLAH disetiap langkah & perkiraan MASAmu,

WIN as MUJAHID or DIE as ASSYAHID"


* Didiklah Hati kita untuk mengenal ALLAH dan AGAMA ALLAH dengan lebih dekat kita akan rasa keMANISannya..

BANTULAH AGAMA ALLAH..
PASTI ALLAH AKAN BANTU KITA
DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA..

40 NASIHAT SAIYIDINA ALI IBN ABI TALIB

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebiih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah swt.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.